Wednesday, June 12, 2013

Susah Ke Nak Berhenti Merokok?

Satu pertanyaan - Kenapa anda mula merokok? Jangan jawab sebab anda telahpun merokok dan kelihatannya sangat sukar untuk berhenti. Anda pasti tahu segala risiko merokok. Cuma anda tidak mahu mempercayainya sehinggalah anda jatuh sakit akibat merokok. Ramai yang berjaya berhenti hanya selepas sembuh dari sakit disebabkan rokok. Jikapun sembuh, sebenarnya anda telah rosak. Banyak organ dalaman anda yang terjejas.
Nasihat saya, jika anda ingin berhenti merokok, lakukan terus disaat itu juga. Iringi azam anda dengan Solat Hajat setiap malam bagi memohon kehadrat ALLAH Subhanahuataala agar diberi Nya kekuatan jiwa mengatasi ketagihan anda. In shaa ALLAH anda akan berjaya.
Untuk kemudahan anda, ini rujukan hukum merokok yang telah difatwakan. Selamat maju jaya.

No comments:

Post a Comment